Wednesday, June 26, 2013

BRAVO SPRM... SIASAT JKR

Ini yang kita mau tengok. Tangkap mana2 pengarah yang rasuah.

Hari ini kita kena puji SPRM sebab serbu JKR dan tangkap satu Datuk atas tuduhan rasuah. Nak dapat projek kat JKR bukan senang atau dengan kata lain,  sengaja disusahkan.

Kalau tak kenal ketua pengarah, tak kenal pengarah, jangan harap nak dapat projek. Tapi bila jumpa pegawai JKR & Kementerian Kerja Raya, dia orang hentam orang politik habis2an. Orang politik kotorlah, rasuah lah. Yang kau orang sapu, apa macam.

Kaiser sokong SPRM siasat JKR dan Kementerian. Kita tengok siapa dalam JKR dan Kementerian bersih. SIAPA LEBIH KOTOR, AHLI POLITIK ATAU SAPA?

Dulu Kerajaan kata nak tukar pegawai tiap2 2 tahun nak elak rasuah, kenapa ada yang bertahun2 tak ditukar.

BRAVO SPRM. YOU ARE THE BEST. SIASAT SEMUA DI JKR DAN AGENSI LAIN.


OHOR BAHRU 26 Jun - Seorang pengarah di Jabatan Kerja Raya (JKR) berpangkat Datuk mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan kontrak penyelenggaraan bagi syarikat milik adikya bernilai RM230,800, tiga tahun lalu.
Tertuduh, Datuk Abd. Rahim Ahmad, 57, yang ketika itu dilantik sebagai Pengarah Projek bagi Kontrak Pengurusan Fasiliti Bangunan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) dan JB Sentral, Bukit Chagar di sini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim, Mohamad Haldar Abdul Aziz.
Tertuduh yang turut menjawat jawatan sebagai Pengarah Bahagian Senggara Fasiliti Bangunan JKR didakwa menggunakan kedudukannya sebagai Pengarah Projek berkenaan untuk meminta Pengarah Operasi Kumpulan Syarikat Advanced Maintenance Precision Management Sdn. Bhd., Saipolyazan M. Yusop, 43, melantik syarikat YBA Technology Sdn. Bhd. milik adiknya, Mohd. Yusri Ahmad, 38, bagi menjalankan kerja subkontrak bersangkutan Kontrak Pengurusan Fasiliti Bangunan JB Sentral. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130626/ma_04/Pengarah-JKR-bergelar-Datuk-didakwa-salah-guna-kuasa#ixzz2WoJSC2Q2
© Utusan Melayu (M) Bhd