Friday, June 27, 2014

HANYA KERAJAAN YG BANGANG AKAN NAIKKAN HARGA PETROL



Tiba2 kerajaan nak buat kad kerana mahu menghadkan penggunaan petrol dan diesel hanya kepada mereka yang layak.

Puncalah bangang kerajaan kita ini. Rakyat tak berdosa dihukum dengan menaikkan harga petrol dan diesel.

Yang menyeludup dan rasuah dibiarkan.

Tengok laporan ni:

BNM bekukan wang RM50.86 juta


KUALA LUMPUR 23 Jun - Bank Negara Malaysia (BNM) telah membekukan wang berjumlah RM50.86 juta, melibatkan sebanyak 370 akaun, dipercayai hasil daripada jenayah penyalahgunaan dan penyelewengan diesel bersubsidi di negara ini.
Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Alias Ahmad berkata, wang tersebut dikesan hasil daripada tindakan penguatkuasaan bersepadu secara besar-besaran yang dilaksanakan sejak Januari lalu.
"Hasil siasatan pasukan khas kementerian, sebanyak 335 individu disyaki terlibat dalam penyelewengan diesel bersubsidi tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Beliau berkata, sebanyak enam stesen minyak di Semenanjung dipercayai antara dalang dalam aktiviti penyelewengan diesel bersubsidi yang terancang.
"Kesemua mereka yang disyaki terlibat dalam aktiviti penyelewengan itu sedang disiasat. Kejayaan mengesan wang dan dalang itu dilakukan kementerian dengan bantuan dan kerjasama agensi berkaitan serta orang ramai," katanya.
Akhbar Utusan Malaysia sejak 10 Mei lalu mendedahkan aktiviti penyalahgunaan dan penyelewengan diesel bersubsidi yang dahsyat berlaku dalam negara dan lebih menakutkan apabila jenayah itu dikaitkan dengan amalan rasuah bernilai jutaan ringgit melibatkan kalangan agensi penguatkuasaan.
Berikutan itu, KPDNKK telah mengambil langkah proaktif dengan memperluaskan operasi melalui pelancaran Ops Titik, membekukan permohonan baharu lesen pemborong, membatalkan semua lesen bunkering di jeti-jeti persendirian dan memper kenalkan sistem penguatkuasaan baharu menggunakan aplikasi teknologi maklumat (IT).
Alias berkata, berdasarkan Ops Titik yang bermula sejak 15 Mei lalu, pihak kementerian menerusi pasukan penguatkuasanya mendapati sebanyak 178 kes penyelewengan diesel bersubsidi telah berlaku.
Jelasnya, kesemua kes itu hampir berjaya diselesaikan namun tidak memberi jaminan dapat menyelesaikan 100 peratus keseluruhan kes tersebut dalam waktu yang singkat.
"Setakat ini pihak kami dimaklumkan tiada lagi aduan stesen minyak kekurangan mahupun kehabisan diesel. Itu menunjukkan kejayaan awal hasil operasi kementerian bersama agensi-agensi lain," katanya.


TOLONG LAH SIKIT KERAJAAN OI! BUKAN SALAH KAMI LAH. JADI KENAPA NAK DERA KAMI DENGAN NAIKKAN HARGA PETROL?