Tuesday, May 24, 2016

MENTERI KERJARAYA TAK ADA KERJA

Image result for menteri kerjaraya

Mudah kalau nak tau Menteri kita ada kerja atau tidak.

Bila buat program yang pelik yang membuat kita ketawa, itulah tanda Menteri tak ada kerja.

Kementerian Kerjaraya di bawah Fadillah Yusof sekarang tengah sibuk dengan pertandingan selfie/welfie di jalan2 persekutuan.

Nampaknya berebut2lah pegawai2 & kakitangan kementerian turun ke jalan2 untuk berwelfie/selfie ditengah2 jalan.

Harap Menterinya menjadi orang pertama berselfie ditengah2 jalan bersama pegawai beliau.






Pertandingan Selfie & Wefie di Jalan Persekutuan

Bermula 3 Mei - 31 Mei 2016

Syarat - syarat pertandingan :
1. Terbuka kepada seluruh warga negara Malaysia
2. Syarat wajib peserta perlu Like Facebook Kementerian Kerja Raya dan Facebook CIDB.
3. Peserta hanya perlu mengambil gambar selfie atau wefie di lokasi-lokasi menarik yang terdapat di sepanjang laluan jalan-jalan Persekutuan. Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai jalan - jalan persekutuan boleh layari laman web rasmi Kementerian Kerja Raya.
4. Hashtag ‪#‎MOWorks‬ ‪#‎CIDB‬ ‪#‎FTRoadpedia‬ ‪#‎KempenlikeKKR‬‪#‎RakanKKR‬
5. Post gambar selfie/wefie anda dalam tetapan Public di akaun Facebook masing-masing.

Pemenang akan dipilih berdasarkan Like terbanyak.

UTAMAKAN KESELAMATAN.

Penyertaan akan dibatalkan serta merta bagi peserta yang mengambil gambar dalam keadaan merbahaya seperti di tengah jalan, kawasan larangan, sewaktu memandu dan lain-lain perlakuan yang berbahaya.

Penyertaan juga akan terbatal jika peserta menonjolkan unsur-unsur negatif, lucah dan tidak senonoh.

Hadiah menarik menanti pemenang.
1. Hadiah pertama bernilai RM500
2. Hadiah kedua bernilai RM300
3. Hadiah ketiga bernilai RM200
Dan 10 hadiah saguhati bernilai RM100

PEMENANG AKAN DIUMUMKAN DALAM TEMPOH 14 HARI SELEPAS TARIKH TAMAT PERTANDINGAN.

Pemenang akan dihubungi menerusi private message ke akaun FB masing - masing.


JOM KITA BERSELFIE!