APA masalahnya Peguam Negara bukan Melayu?
Ada yang berkata kononnya melantik bukan Melayu adalah mengkhianati amanah rakyat.
Mengkhianati siapa?
Bukankah Apandi Ali Melayu? Bukankah Apandi yang cuba menyelamatkan seorang lagi Melayu bernama Najib Razak dan Rosmah Mansor?
Bukankah Apandi mengkhianati 65 peratus bangsa Melayu?
Tak ada gunanya ada Melayu jika mereka mengkhianati Melayu. Lihat lah Najib, lihat lah Isa Samad di Felda, lihatlah Azeez Rahim di Tabung Haji - semua pengkhianat Melayu dan mereka adalah Melayu beragama Islam.
Lebih baik Peguam Negara yang baru ini seorang yang berintegriti. Ini lah masanya negara perlu dibersihkan dari pengkhianat-pengkhianat Melayu.
Mereka yang mengkritik Peguam Negara baru sedang mencari jalan rasis agar mereka dapat mempergunakan institusi Peguam Negara untuk terus mengkhianati bangsa.
Kita tahu kenapa mereka mahu Melayu sebagai Peguam Negara. Institusi Mufti pun boleh dicemar oleh orang agama untuk bersekongkol dengan pengkhianat Melayu, apa tah lagi institusi Peguam Negara.
Demi negara, agama dan bangsa, biarlah seorang yang berintegriti dilantik sebagai Peguam Negara tanpa mengira bangsa.