Sunday, December 14, 2014

ISU MORAL DI SME BANK?



Apa nak jadi dengan syarikat yang diterajui Melayu. 

1MDB tengah huru-hara.

Felda tengah berkecamuk dan terkini katanya Pengarah Besarnya digantung oleh pengerusi Isa Samad.

Kaiser terdengar pula di SME Bank pun ada isu. Isu yang agak serius melibatkan pengarah sumber manusia bank tersebut. 

Katanya amat serius isu di bank tersebut dan ada cubaan untuk menutup kes tersebut kerana melibatkan kes moral.

Inilah masalah company Melayu. Berniaga tak pandai, akhlak pula terpesong.

Harap pihak berkuasa checklah sikit pegawai2 kanan Melayu ini.

Perosak imej Melayu.

Monday, November 24, 2014

JJ NAK BUAT ISTANA KE KAT PRIMA? DALAM DIAM DIAM RUMAH TRANSIT 1 MALAYSIA DAH SIAP



Tup tup rumah transit 1 malaysia dah boleh duduk Januari tahun depan.

Prima dah buat macam2 pelancaran. Cabut undi pun dah. Tapi satu rumah pun belum nampak. Rumah macam mana Prima nak buat ni? Macam istana ke?

Apa JJ buat kat Prima? Mengaut ke?

baca cerita rumah transit 1 malaysia di SINI

Thursday, November 20, 2014

KERJA PRIMA KUMPUL TANAH. RUMAH HABUK PUN TARAK



Geram betul baca cerita Pr1ma ni. Sampai hari ni satu habuk pun tarak.

Satu biji rumah pun belum nampak. Asyik duk sapu tanah saja.

Lagi sakit hati baca cerita Pr1ma di Utusan Malaysia hari ini.

Baca laporan Utusan di SINI.

Sekarang nak sapu tanah orang Melayu pula - tanah rezab melayu dan tanah wakaf.

Haprak betul dia orang ini. Lama-lama habis tanah melayu mereka sapu.

Kalau jumpa PM, rasa nak tanya dia, apa puak2 di Pr1ma ni sedang buat? Kaut tanah ke?

Bukan kita tak kenal puak2 di Pr1ma ini. Sekali Google dah tau apa dia orang buat selama  ni.

PM, tolong lah tengok2 puak2 Prima ni.

Tak payah duk beriya iya ambil tanah. 

Buat rumah bagi siap dulu, baru cakap nak ambil tanah.

Boleh?

Monday, November 3, 2014

KERETA PORSCHE DATO GHAZALI IBRAHIM

Kaya2 belaka pegawai PM. Ini kereta Setiausaha Politik PM. Dato' Ghazali Ibrahim. Orang Kedah.

Pegawai2 PM sekarang dah pandai bergaya. Porsche Cayenne merah menyala. Kereta orang muda katakan.

Kononnya kereta second hand. Harga RM100,000. 

Sementara kaya raya ini, pakailah apa saja. Orang kampung kat Padang Terap di Kedah sudah tentu tak pernah tengok kereta ini.

Di KL saja yang ada kereta ini. Jadi kalau nak tengok kereta ini luar dalam, jom ke rumah Tok Li di Kedah.

Katanya, tayarnya saja sebelah RM2,000. Kalau nak tukar 4 biji = RM8,000. Tak masuk road tax lagi yang katanya RM4000++

Tukar minyak hitam tak masuk lagi.

Tapi kita jangan marah2. Sebab pegawai PM memang kaya pun, mampu pakai kereta2 mewah.

Monday, October 6, 2014

PLUS & MENTERI KERJARAYA BUAT LAH KERJA

Takziah kepada keluarga 2 beranak yang meninggal dunia di dalam kemalangan jalanraya selepas terowong menora di lebuhraya Plus 2 hari lepas.

Katanya lori tersebut breknya rosak.

Kaiser geram betul dengan Plus & menteri kerjaraya fadillah yusof.

Buat lah kerja. Plus janganlah asyik nak kutip untung saja.

Tak kan Menteri kerjaraya tak tahu bahawa minggu ini orang berduyun-duyun balik kampung untuk beraya.

Mungkin Menteri Kerjaraya tak faham sebab dia bukan orang semenanjung. Dia orang sarawak. Orang melayu sarawak pun tak ramai sebab itu mungkin Menteri kerjaraya tak paham apa pentingnya hari raya haji untuk orang2 semenanjung terutamanya org utara dan pantai timur.

semasa kejadian tersebut, jam di lebuhraya sampai 90km dan PLUS terkial2 untuk mengatasi masalah kesesakan.

maklumlah, plus ini pentingkan keuntungan. jadi tak perlu kita harapkan Plus nak arahkan kenderaan keluar dari lebuhrayanya kerana takut kutipan tol kurang.

maka dipaksa pengguna mengharungi jam sepanjang 90km.

yang peliknya, lori bersepah di atas lebuhraya.

Bukan kah ini musim perayaan? kenapa lori dibenarkan di atas lebuhraya?

Menteri Kerjaraya terlupa ke minggu ini minggu raya?

Kalau menteri kerjaraya tak boleh fikir lebih sikit, elok minta pada PM untuk lepaskan jawatan atau minta potfolio lain.

Jangan ingat duk kejar projek highway pan borneo saja.

Awak menteri malaysia. Bukan menteri sarawak saja.

buat lah kerja sikit. jgn ingat sarawak saja. nyawa pengguna lebuhraya Plus juga tanggungjawab awak.

harap ambil ikhtibar.


Friday, June 27, 2014

HANYA KERAJAAN YG BANGANG AKAN NAIKKAN HARGA PETROL



Tiba2 kerajaan nak buat kad kerana mahu menghadkan penggunaan petrol dan diesel hanya kepada mereka yang layak.

Puncalah bangang kerajaan kita ini. Rakyat tak berdosa dihukum dengan menaikkan harga petrol dan diesel.

Yang menyeludup dan rasuah dibiarkan.

Tengok laporan ni:

BNM bekukan wang RM50.86 juta


KUALA LUMPUR 23 Jun - Bank Negara Malaysia (BNM) telah membekukan wang berjumlah RM50.86 juta, melibatkan sebanyak 370 akaun, dipercayai hasil daripada jenayah penyalahgunaan dan penyelewengan diesel bersubsidi di negara ini.
Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Alias Ahmad berkata, wang tersebut dikesan hasil daripada tindakan penguatkuasaan bersepadu secara besar-besaran yang dilaksanakan sejak Januari lalu.
"Hasil siasatan pasukan khas kementerian, sebanyak 335 individu disyaki terlibat dalam penyelewengan diesel bersubsidi tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Beliau berkata, sebanyak enam stesen minyak di Semenanjung dipercayai antara dalang dalam aktiviti penyelewengan diesel bersubsidi yang terancang.
"Kesemua mereka yang disyaki terlibat dalam aktiviti penyelewengan itu sedang disiasat. Kejayaan mengesan wang dan dalang itu dilakukan kementerian dengan bantuan dan kerjasama agensi berkaitan serta orang ramai," katanya.
Akhbar Utusan Malaysia sejak 10 Mei lalu mendedahkan aktiviti penyalahgunaan dan penyelewengan diesel bersubsidi yang dahsyat berlaku dalam negara dan lebih menakutkan apabila jenayah itu dikaitkan dengan amalan rasuah bernilai jutaan ringgit melibatkan kalangan agensi penguatkuasaan.
Berikutan itu, KPDNKK telah mengambil langkah proaktif dengan memperluaskan operasi melalui pelancaran Ops Titik, membekukan permohonan baharu lesen pemborong, membatalkan semua lesen bunkering di jeti-jeti persendirian dan memper kenalkan sistem penguatkuasaan baharu menggunakan aplikasi teknologi maklumat (IT).
Alias berkata, berdasarkan Ops Titik yang bermula sejak 15 Mei lalu, pihak kementerian menerusi pasukan penguatkuasanya mendapati sebanyak 178 kes penyelewengan diesel bersubsidi telah berlaku.
Jelasnya, kesemua kes itu hampir berjaya diselesaikan namun tidak memberi jaminan dapat menyelesaikan 100 peratus keseluruhan kes tersebut dalam waktu yang singkat.
"Setakat ini pihak kami dimaklumkan tiada lagi aduan stesen minyak kekurangan mahupun kehabisan diesel. Itu menunjukkan kejayaan awal hasil operasi kementerian bersama agensi-agensi lain," katanya.


TOLONG LAH SIKIT KERAJAAN OI! BUKAN SALAH KAMI LAH. JADI KENAPA NAK DERA KAMI DENGAN NAIKKAN HARGA PETROL?