Monday, October 6, 2014

PLUS & MENTERI KERJARAYA BUAT LAH KERJA

Takziah kepada keluarga 2 beranak yang meninggal dunia di dalam kemalangan jalanraya selepas terowong menora di lebuhraya Plus 2 hari lepas.

Katanya lori tersebut breknya rosak.

Kaiser geram betul dengan Plus & menteri kerjaraya fadillah yusof.

Buat lah kerja. Plus janganlah asyik nak kutip untung saja.

Tak kan Menteri kerjaraya tak tahu bahawa minggu ini orang berduyun-duyun balik kampung untuk beraya.

Mungkin Menteri Kerjaraya tak faham sebab dia bukan orang semenanjung. Dia orang sarawak. Orang melayu sarawak pun tak ramai sebab itu mungkin Menteri kerjaraya tak paham apa pentingnya hari raya haji untuk orang2 semenanjung terutamanya org utara dan pantai timur.

semasa kejadian tersebut, jam di lebuhraya sampai 90km dan PLUS terkial2 untuk mengatasi masalah kesesakan.

maklumlah, plus ini pentingkan keuntungan. jadi tak perlu kita harapkan Plus nak arahkan kenderaan keluar dari lebuhrayanya kerana takut kutipan tol kurang.

maka dipaksa pengguna mengharungi jam sepanjang 90km.

yang peliknya, lori bersepah di atas lebuhraya.

Bukan kah ini musim perayaan? kenapa lori dibenarkan di atas lebuhraya?

Menteri Kerjaraya terlupa ke minggu ini minggu raya?

Kalau menteri kerjaraya tak boleh fikir lebih sikit, elok minta pada PM untuk lepaskan jawatan atau minta potfolio lain.

Jangan ingat duk kejar projek highway pan borneo saja.

Awak menteri malaysia. Bukan menteri sarawak saja.

buat lah kerja sikit. jgn ingat sarawak saja. nyawa pengguna lebuhraya Plus juga tanggungjawab awak.

harap ambil ikhtibar.