JPJ didik pemandu kononnya. Kaiser baca tajuk berita ini dalam suratkhabar metro hari ini. Cerita dogengnya ialah mengenai kononnya usaha mulia JPJ memasang kamera Sistem Penguatkuasaan Saman Automatik (AES) di 831 lokasi seluruh negara untuk mendisiplinkan pemandu kita.
Betul ke atau kelentong? Seperti mana kerajaan kelentong rakyat dengan menaikkan harga gula kononnya untuk mengurangkan kes kencing manis.
Kalau JPJ betul-betul telus, ceritalah dari mula sampai habis. Siapa yang dapat kontrak bekal kamera ni dan berapa banyak komisen syarikat ni dapat dari setiap saman dan berapa hasil kerajaan dari setiap saman.
Lagi banyak saman, lagi untung syarikat ni dan lagi bertambahlah kutipan kerajaan dengan menyaman rakyat.
Nampak bersungguh-sungguh betul ketua pengarah JPJ mempromosi kamera AES ni. Ada apa-apa ke Dato'?
Kalau JPJ betul-betul berniat nak disiplinkan pengguna jalanraya, check lah penunggang motosikal. Yang banyak mati katak ialah penunggang motosikal bukannya kereta tetapi AES ni sibuk nak saman kereta saja.
Tiap kali ada Ops Sikap, yang banyak mati penunggang motosikal bukannya dreber kereta. yang banyak mati ialah di jalan biasa bukan hiway. Tapi kamera ni banyak di hiway. Kaiser dengar cerita lebih RM300 juta dibelanjakan untuk beli kamera AES ni. Tak mungkin kerajaan punya duit kerana kerajaan nak bayar duit makan budak asrama pun tak ada. Cikgu berkursus pun makan nasi lemak bungkus saja. Ini pula nak beli kamera letak kat tepi jalan.
Kalau betul-betul serius nak kurangkan kemalangan, buatlah lorong motosikal betul-betul. Kat hiway Ampang tu, berlambak penunggang motosikal mati katak. Kenapa tak belanja RM300 juta tu buat lorong motosikal kat hiway Ampang.
Sekarang nak suruh kita percaya kamera ni nak disiplinkan pemandu jalanraya. Tak payah kelentong lah.
Kalau nak cekik darah rakyat, cakap saja. Malaysia ni dah tak ada modal lain. Cari makan dengan saman orang saja.
Pegawai-pegawai besar JPJ, penguatkuasa pengangkutan dan Menteri Pengangkutan hampir saban hari duk promote AES ini. Bila rakyat buat tuduhan rasuah, rakyat yang salah.
No comments:
Post a Comment