Friday, April 30, 2010

PM PATUT PECAT KETUA POLIS NEGARA

Renunglah wajah adik Aminulrashid Amzah ini. Dosanya hanyalah kerana adik ini gagal memberhentikan kereta yang dipandunya apabila dikejar kereta polis. Ibu mana yang tidak hiba mengenangkan tragedi yang menimpa anak yang dikasihi.

Al-Fatihah buat adik Aminulrashid.

Semalam Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan membuat kenyataan kepada suratkhabar mengenai insiden Aminulrashid. Antara intipati kenyataan beliau ialah.

"Kenderaan boleh digunakan sebagai senjata...senjata bukan bermakna pistol,
pisau atau parang saja. Kalau seseorang itu enggan berhenti dan cuba merempuh
pegawai yang cuba menahannya, ia (kenderaan) boleh dianggap sebagai senjata
kerana ia boleh membahayakan nyawa pegawai penguatkuasa."

"Biarlah apa yang nak dikatakan oleh ahli politik, tapi saya ingin tahu sama
ada anda mahu kami menguatkuasakan undang-undang atau tidak. Kalau tak nak, saya akan beritahu orang saya supaya tidak lagi menahan kereta yang dipandu dengan cara mencurigakan atau mengambil tindakan terhadap pelumba haram yang
bermaharajalela di jalan raya."

Saya bukan anggota polis. Saya rakyat biasa. Kalau sayalah Perdana Menteri, hari ini juga saya pecat Tan Sri Musa Hassan.

Saya tonton kenyataan yang dibuat oleh Tan Sri Musa Hassan di TV. Tan Sri Musa bercakap dalam bahasa Inggeris. Air muka dan kata2nya menampakkan keangkuhan yang seharusnya tidak patut ada pada seorang pegawai paling tinggi dalam Jabatan Polis.

Saya faham Tan Sri Musa Hassan perlu dilihat mempertahankan anggotanya. Tetapi biarlah cara mempertahankan dapat menyejukkan kemarahan orang biasa macam kita ini.

Saya tak mahu berdebat samada perlu atau tidak polis melepaskan tembakan kepada seseorang yang tidak bersenjata ataupun seseorang yang tidak melepaskan tembakan kepada anggota polis.

Polis ada tuturcara dalam mengambil tindakan.

Tetapi ketika kita marah dengan tragedi ini, dan simpati dengan ahli keluarga Allahyarham Aminulrashid, kenyataan Tan Sri Musa Hassan menyentuh perasaan kita.

Kalau seorang Ketua Polis Negara tidak tahu berbahasa, tak dapat kita bayangkan orang-orang di bawahnya.

Seperkara lagi, berhati perutlah media dan polis. Aminulrashid bukan penjenayah atau penyamun.

TERKINI: PRESIDEN PARTI PROGRESIF SABAH YONG TEK LEE MENDESAK TAN SRI MUSA HASSAN MELETAKKAN JAWATAN KERANA MENGUGUT MELARANG ANGGOTA POLIS MENJALANKAN TUGAS SERTA MENGANCAM MENGHENTIKAN ANGGOTA BELIAU MELAKUKAN RONDAAN. KENYATAAN YONG TEK LEE BOLEH DIBACA DI LINK DI SINI.

1 comment:

Anonymous said...

sepatutnya ibubapa budak tu harus dihukum sebab tak ada otak suruh anak dia memandu.

i rasa jangan nak salahkan Polis jer. Polis tu menjalankan tugas. Budak tu tak akan mati kalau budak tu tidak dibenarkan memandu oleh ibubapanya pada hari tu.

lihat punca kes.... siapa yg salah. bagi i.. ibubapa dan budak tu sendiri yg salah.

tq.