Friday, December 31, 2010

LANGIT DAN BINTANG DIJANJIKAN

Selamat Tahun Baru. 2011.

Dah lama Kaiser tidak menulis. Sempena tahun baru dan diambang 2011 ini, terasa di hati ingin menulis dan merenung kembali 2010.

Syabas kepada Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak di atas kejayaan beliau sepanjang 2010.

Kaiser maksudkan kejayaan beliau dalam memberi janji first class kepada rakyat Malaysia.

Setakat hari ini, yang Kaiser nampak hasil dari kejayaan Najib hanyalah Klinik 1 Malaysia dan logo 1 Malaysia. Yang lain hanya janji.

Najib hanya menjual janji untuk popular. Orang-orang di sekililing Najib tampak begitu pintar. Hanya dengan janji sudah cukup bagi mereka untuk beri gambaran bahawa Najib semakin popular.

Lihat saja perlawanan bolasepak antara Malaysia dengan Indonesia. Pada saingan pertama, Najib hanya hadir duduk bersila bersama penonton menonton layar besar dan esoknya akhbar-akhbar media massa mengembar-gemburkan akan kehadiran tidak sampai 15 minit itu.

Tetapi semasa final, tidak pula kelihatan wajah Najib di mana2 di Kuala Lumpur. Sebaliknya beliau bungkus baju terus bercuti.

Bila menang, tut-tut keluar dalam facebook dan twitter mengucapkan tahniah kepada pasukan bolasepak Malaysia dan untuk lebih popular, Najib mengumumkan cuti umum sehari untuk seluruh negara padahal Malaysia baru jadi juara satu trofi, itu pun untuk Asia Tenggara.

Tahniah kepada pasukan publisiti Najib. Memang hebat. Apa tidaknya. Pejabat Najib ada McKinsey, ada APCO dan baru2 ini katanya dibawa pula orang kuat TV3 untuk mempromosi Perdana Menteri.

Najib tidak pernah menyentuh mengenai harga barang. Sepanjang Najib menjadi Perdana Menteri, adakah harga petrol berkurangan? Adakah harga gula berkurangan? Adakan harga ikan semakin murah? Adakah harga teh tarik tidak naik?

Tak pernah pun Najib menyentuh perkara2 ini. Hanya yang dijaja ialah ETP, NKRA, GTP, MRT, PDP dan entah apa lagi selepas ini.

Tahun 2010 hanya mengenai akronim dan janji melangit Najib kepada rakyat. Tidak lebih dari itu.

Selamat Tahun Baru.

No comments: