Friday, April 30, 2010

PM PATUT PECAT KETUA POLIS NEGARA

Renunglah wajah adik Aminulrashid Amzah ini. Dosanya hanyalah kerana adik ini gagal memberhentikan kereta yang dipandunya apabila dikejar kereta polis. Ibu mana yang tidak hiba mengenangkan tragedi yang menimpa anak yang dikasihi.

Al-Fatihah buat adik Aminulrashid.

Semalam Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan membuat kenyataan kepada suratkhabar mengenai insiden Aminulrashid. Antara intipati kenyataan beliau ialah.

"Kenderaan boleh digunakan sebagai senjata...senjata bukan bermakna pistol,
pisau atau parang saja. Kalau seseorang itu enggan berhenti dan cuba merempuh
pegawai yang cuba menahannya, ia (kenderaan) boleh dianggap sebagai senjata
kerana ia boleh membahayakan nyawa pegawai penguatkuasa."

"Biarlah apa yang nak dikatakan oleh ahli politik, tapi saya ingin tahu sama
ada anda mahu kami menguatkuasakan undang-undang atau tidak. Kalau tak nak, saya akan beritahu orang saya supaya tidak lagi menahan kereta yang dipandu dengan cara mencurigakan atau mengambil tindakan terhadap pelumba haram yang
bermaharajalela di jalan raya."

Saya bukan anggota polis. Saya rakyat biasa. Kalau sayalah Perdana Menteri, hari ini juga saya pecat Tan Sri Musa Hassan.

Saya tonton kenyataan yang dibuat oleh Tan Sri Musa Hassan di TV. Tan Sri Musa bercakap dalam bahasa Inggeris. Air muka dan kata2nya menampakkan keangkuhan yang seharusnya tidak patut ada pada seorang pegawai paling tinggi dalam Jabatan Polis.

Saya faham Tan Sri Musa Hassan perlu dilihat mempertahankan anggotanya. Tetapi biarlah cara mempertahankan dapat menyejukkan kemarahan orang biasa macam kita ini.

Saya tak mahu berdebat samada perlu atau tidak polis melepaskan tembakan kepada seseorang yang tidak bersenjata ataupun seseorang yang tidak melepaskan tembakan kepada anggota polis.

Polis ada tuturcara dalam mengambil tindakan.

Tetapi ketika kita marah dengan tragedi ini, dan simpati dengan ahli keluarga Allahyarham Aminulrashid, kenyataan Tan Sri Musa Hassan menyentuh perasaan kita.

Kalau seorang Ketua Polis Negara tidak tahu berbahasa, tak dapat kita bayangkan orang-orang di bawahnya.

Seperkara lagi, berhati perutlah media dan polis. Aminulrashid bukan penjenayah atau penyamun.

TERKINI: PRESIDEN PARTI PROGRESIF SABAH YONG TEK LEE MENDESAK TAN SRI MUSA HASSAN MELETAKKAN JAWATAN KERANA MENGUGUT MELARANG ANGGOTA POLIS MENJALANKAN TUGAS SERTA MENGANCAM MENGHENTIKAN ANGGOTA BELIAU MELAKUKAN RONDAAN. KENYATAAN YONG TEK LEE BOLEH DIBACA DI LINK DI SINI.

Sunday, April 18, 2010

MENTERI PENGANGKUTAN BARU

Siapa agaknya yang bakal menggantikan Ong Tee Keat sebagai Menteri Pengangkutan yang baru?

Wee Ka Siong. Kaiser dengar macam2 cerita mengenai lobi melobi dalam MCA untuk menjadi Menteri.

Teliga Kaiser telinga gajah. Kaiser terdengar satu benda yang tak sedap didengar. Katanya ada orang di luar MCA sedang melobi Presiden baru MCA untuk mencadangkan Wee Ka Siong sebagai Menteri Pengangkutan menggantikan OTK.

Katanya ada pemimpin di dalam MCA ini terhutang budi kepada orang luar ini sehingga merasakan tiba masanya untuk membalas budi orang luar ini. Cara membalas budi ialah dengan mencadangkan nama Wee Ka Siong kepada Perdana Menteri Dato Sri Najib Tun Razak sebagai Menteri Pengangkutan.

Orang luar ini katanya ada kepentingan tertentu dan sekiranya Wee Ka Siong menjadi Menteri Pengangkutan, mudahlah kerjanya.

Wee Ka Siong juga tidak sunyi dari kontroversi dan sedang disiasat oleh SPRM berkaitan dengan skandal PKFZ.

Wee disiasat atas dakwaan memiliki hampir separuh kepentingan dalam firma konsultansi, Hijau Sekitar Sdn Bhd yang menjalankan kajian pembangunan tanah bersebelahan dengan kawasan PKFZ.

Wee Ka Siong sejak akhir2 ini diam seribu bahasa. Mungkin itu satu strategi sementara orang lain melakukan kerja2 melobi.