Hari ini kita kena puji SPRM sebab serbu JKR dan tangkap satu Datuk atas tuduhan rasuah. Nak dapat projek kat JKR bukan senang atau dengan kata lain, sengaja disusahkan.
Kalau tak kenal ketua pengarah, tak kenal pengarah, jangan harap nak dapat projek. Tapi bila jumpa pegawai JKR & Kementerian Kerja Raya, dia orang hentam orang politik habis2an. Orang politik kotorlah, rasuah lah. Yang kau orang sapu, apa macam.
Kaiser sokong SPRM siasat JKR dan Kementerian. Kita tengok siapa dalam JKR dan Kementerian bersih. SIAPA LEBIH KOTOR, AHLI POLITIK ATAU SAPA?
Dulu Kerajaan kata nak tukar pegawai tiap2 2 tahun nak elak rasuah, kenapa ada yang bertahun2 tak ditukar.
BRAVO SPRM. YOU ARE THE BEST. SIASAT SEMUA DI JKR DAN AGENSI LAIN.
OHOR BAHRU 26 Jun - Seorang pengarah di Jabatan Kerja Raya (JKR) berpangkat Datuk mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan kontrak penyelenggaraan bagi syarikat milik adikya bernilai RM230,800, tiga tahun lalu.
Tertuduh, Datuk Abd. Rahim Ahmad, 57, yang ketika itu dilantik sebagai Pengarah Projek bagi Kontrak Pengurusan Fasiliti Bangunan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) dan JB Sentral, Bukit Chagar di sini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim, Mohamad Haldar Abdul Aziz.
Tertuduh yang turut menjawat jawatan sebagai Pengarah Bahagian Senggara Fasiliti Bangunan JKR didakwa menggunakan kedudukannya sebagai Pengarah Projek berkenaan untuk meminta Pengarah Operasi Kumpulan Syarikat Advanced Maintenance Precision Management Sdn. Bhd., Saipolyazan M. Yusop, 43, melantik syarikat YBA Technology Sdn. Bhd. milik adiknya, Mohd. Yusri Ahmad, 38, bagi menjalankan kerja subkontrak bersangkutan Kontrak Pengurusan Fasiliti Bangunan JB Sentral. - UTUSAN ONLINE
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130626/ma_04/Pengarah-JKR-bergelar-Datuk-didakwa-salah-guna-kuasa#ixzz2WoJSC2Q2
© Utusan Melayu (M) Bhd
13 comments:
ada kes ke...nmpak mcm tk puas hati..bila-bila nk projek bg banyak2 ..jgan bg ckit2
ade kes ke...nmpak mcm tak puas hati je...bila2 nk projek bg la mnyak2 ...jgn bg ckit2..JKR dah buka bilik gerakan utk tunggu SPRM 28 jam sari...
Kebanyakan yg kena tangkap pakai ketayap putih.. Syukur dah insaf
Minta sprm siasat semua pengarah SUB jkr & kemen kerja raya... Hipokrit
Pegawai2 mesra betul dgn syarikat konsesi
KITA PUJI SPRM. SIASAT SEMUA PEGAWAI JKR & KEMENTERIAN KERJA RAYA TERUTAMANYA BAHAGIAN PROJEK, TENDER & SELENGGARA JALAN
Kalau tak tahu cerita sebenar jangan komen. Siapa sebenar dato yahya ramai yg tak tahu. Jangan cuba menyebar fitnah. Bila dah dekat sakaratul maut baru anda tahu anda telah menyebar fitnah. Ingat yg batil tetap batil, yg benar tetap benar. Kalau berani bubuhlah nama jangan anymous shj. Auntie lia
Lasyer slfm tak well verse dengan
Rosedur dan pdkeliling berkenaaan dgn pembinaan. Sebab itu hingga kini belum ada pegawai sprm dar kalanga ir, architect mahupun qs. Hanya org yg tahu berkenaa dgn fakta kes shj yg tahu kes ini. Jgn cuba tabur fitnah nsnti di soal di akhirat nanti. Auntie lia qs construction more than 30 years practising .
Ramai pemgarah2 jkr & kkr kuat main golf. Sapa bayar ye?
I pity the PWD Maintenance Director for being dragged and charged in court. What is few hundred thousand compared to few hundred millions.
Will he open up all the cards and expose everyone? Or will he be acquitted as this is a really weak and fragile case. It can be easily rebutted.
Pity upon the PWD Maintenance Director for being dragged and charged in court. What is few hundred thousands compared to few hundred millions?
Will he open up all the cards and expose everyone including the Tweed Boss?
Or will he be acquitted, as this is a really weak and fragile case?
Lets see how it goes.
Jabatan yg paling top rasuah ialah JKR lah.Jabatan 10 %.
Salam.. Korang cakap baik sikit :)Xtahu cite sebenar jgn melulu tuduh ketayap putih segala bagai.. Korang kenal Dato' R ni ke? X kan?? Dan x tahu cite sebenar kan?? Die baru disoal selidik, sebutan kes.. Belum tentu bersalah :)
Post a Comment