Ada yang tidak kena dengan Kementerian Dalam Negeri yang dipimpin oleh Dato' Seri Hishammuddin Hussein, anak Allahyarham Tun Hussein Onn.
Tewas kes kalimah Allah di Mahkamah dan tewas kes pengharaman buku terbitan Sister in Islam yang berjudul "Muslim Women and the Challenge of Islamic Extremism".
Hari ini Timbalan Ketua Setiausahanya KDN Bahagian Keselamatan Datuk Ahmad Fuad Ab Aziz berkata Kementerian Dalam Negeri memerlukan tambahan 60 hari lagi bagi mengkaji buku tulisan Barry Wain bertajuk "Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times", sebelum membuat keputusan tentang pengedaran buku itu di Malaysia.
Katanya lagi: "Tempoh 60 hari sebelum ini telah pun tamat pada 19 Jan lalu. KDN memerlukan masa lagi bagi mengkaji daripada pelbagai aspek bagi memastikan buku ini tidak menimbulkan sebarang kemudaratan kepada keselamatan dan ketenteraman."
Apa dah jadi dengan KDN dan Dato' Seri Hishamuddin! Agak ganjil KDN memerlukan lebih dari dua bulan untuk meneliti buku yang tidak setebal mana ini.
Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri sudah habis membaca buku ciptaan Barry Wain dan KDN masih terkial-kial untuk membuat keputusan. Jelaslah, KDN tidaklah seefisyen yang kita harapkan.
Dalam kes Kalimah Allah jelas KDN lembab dalam menyediakan hujah untuk menangkis penghujahan pihak gereja. Kesannya, KDN gagal mempertahankan Kalimah Allah menjadi hak umat Islam.
Apa yang berlaku ini jelas menunjukkan bahawa KDN dibawah pimpinan Dato' Seri Hishammuddin adalah yang terlemah dalam sejarah KDN.
Bandingkan KDN di bawah pimpinan Allahyarham Tun Ghazali Shafie, Tun Musa Hitam, Tan Sri Sanusi Junid dan Dato' Megat Junid.
Kadangkala terfikir kita samada Dato' Seri Hishammuddin benar-benar layak diberi tanggungjawab sebagai Menteri lebih-lebih lagi Menteri Dalam Negeri kerana rekod beliau sebagai Ketua Pemuda Umno dan Menteri Pelajaran cukup mengecewakan.
Fikir-fikirlah Dato' Seri Najib, Perdana Menteri.
No comments:
Post a Comment