Sunday, January 31, 2010

ORANG MELAYU KECEWA

BATU CAVES GEREJA METRO TABERNACLE
Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak hanya menghantar wakil untuk melawat salah sebuah masjid yang dibaling dengan kepala babi hutan baru-baru ini sebaliknya beliau sanggup meluangkan masa melawat Gereja Metro Tabernacle yang dibakar dan menyertai sambutan Thaipusam di Batu Caves.
Orang Melayu memerhati gerak-geri pemimpin Melayu yang semakin hari semakin lupa akan asal-usul mereka. Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin baru-baru ini mencadangkan agar Umno menjadi parti untuk semua tanpa mengira kaum.
Kenapa hanya Umno yang perlu menjadi parti untuk Melayu, China, India, Kadazan, Iban, Punjabi dan sebagainya?
Kenapa YB Khairy tidak mendesak semua parti dalam BN turut memperjuangkan semua kaum. MCA memperjuangkan Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban dan Punjabi begitu juga MIC?
YB Khairy lupa sejarah. Sejarah di mana orang Melayu berjuang untuk membebaskan negara dari penjajah.
Walaupun sudah lama merdeka, orang Melayu masih miskin. Kaum Cina menguasai sebahagian besar dari ekonomi Malaysia. Parti-parti Melayu seharusnya mempertahankan kepentingan Melayu dan pada masa yang sama memastikan kerajaan berlaku adil kepada semua kaum lain.
Kaum Cina yang miskin perlu dibantu begitu juga kaum India, Iban, Kadazan dan sebagainya. Setiap yang miskin tanpa mengira kaum perlu dibantu. Itu sahaja yang perlu dilakukan oleh Kerajaan pimpinan Umno.
Tetapi kenapa perlu melebihi dari yang diminta? Akibat pegangan baru yang dibuat oleh Umno, setiap kenyataan yang berkait dengan kepentingan Melayu dilihat sebagai berbaur perkauman.
Tun Dr Mahathir melahirkan kebimbangan sekiranya keadaan ini berterusan, orang Melayu yang sekian lama memendam kekecewaan akan meletup.
Mahukah pemimpin Melayu dari Umno, Pas dan PKR melihat ini semua?

No comments: