Thursday, June 14, 2012

SPRM MASIH SIASAT MAT HASAN TRANSFER RM10 JUTA

Rupa2nya MB Negeri Sembilan Mat Hassan masih disiasat oleh SPRM. Ingat kut kes dia dah ditutup.

Kes pindah RM10 juta ke London dulu. Mungkin ramai dah lupa. Pengurup wang yang tolong bawa duit tu dah di tarik lesennya oleh Bank Negara.

Cepat betul Bank Negara membuat siasatan terhadap pengurup wang tersebut. Tak macam SPRM. Dua tahun tak habis2 siasat Mat Hassan ni.

Begitulah tahap kecekapan agensi kerajaan. Kita boleh bandingkan tahap kecekapan Bank Negara dengan SPRM. Atau mungkin agensi kerajaan ini tahap kecekapannya tinggi sebab kes Bank Negara melibatkan ikan bilis. SPRM pula jerung. Jadi kalau nak siasat jerung kena lama lah sikit. Sekurangnya ambil masa 10 tahun boleh selesai.

Ada orang bagitau Kaiser kes Mat Hassan timbul balik di Parlimen. Maka Kaiser pun check2 lah hasard parlimen.

Rupa2nya betul. YB Seremban yang bawa kes ni dalam ucapan penangguhan dia semalam. Kaiser siarkan kandungan Hansard kes Mat Hassan ni beserta jawapan timbalan menteri KDN.

UCAPAN-UCAPAN PENANGGUHAN


Wang RM10 Juta Dihantar Menteri Besar

Negeri Sembilan Melalui Money Changer

5.30 ptg.

Tuan John Fernandez [Seremban]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Isu wang

sebanyak RM10 juta yang dihantar oleh Menteri Besar Negeri Sembilan melalui money

changer ke negara lain. Perkara saya ingin bangkitkan di sini ialah berkenaan dengan isu

yang pernah saya tanya kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Yang Berhormat

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz semasa menggulung perbahasan Bajet 2012 iaitu

peringkat dasar di Dewan yang mulia ini pada 24 Oktober 2011. Jawapan yang saya terima

daripada Yang Berhormat Menteri ialah siasatan SPRM ke atas kes ini telah pun

diselesaikan dan kertas siasatan ini di dalam kajian pihak timbalan pendakwa raya.
 
DR 13.6.2012


108

Jawapan ini saya sudah terima kira-kira lima bulan yang lepas dan pada sesi soal

jawab yang lepas, soalan yang sama juga saya ajukan kepada Menteri yang berkenaan

pada 10 April 2012 dan jawapan saya terima ialah kes masih di dalam kajian pihak Peguam

Negara. Apa yang saya ingin bangkitkan ialah apakah tindakan yang diambil oleh pihak

Peguam Negara bagi kes ini. Saya ingin tahu:

(a) apa tindakan seterusnya oleh pihak Peguam Negara;

(b) adakah terdapat mana-mana pihak yang akan didakwa di

mahkamah sekiranya dakwaan ini benar; dan

(c) apakah tindakan yang telah diambil sekiranya ada terhadap money

changer yang berkenaan.

Isu ini adalah amat penting bagi memastikan fakta dan dakwaan tersebut adalah

mempunyai asas di mana rakyat berhak mengetahui perkara yang sebenarnya. Sekiranya

dakwaan tersebut adalah benar, pihak yang bertanggungjawab mesti ambil tindakan yang

sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang. Diharap pihak yang berkenaan dapat

memandang serius perkara ini dan tindakan segera dapat diambil. Sekian, terima kasih

Tuan Yang di-Pertua.
 
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Sila Yang


Berhormat.

5.34 ptg.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Datuk Liew Vui Keong]: Tuan

Yang di-Pertua, berikutan dakwaan melibatkan transaksi penghantaran wang berjumlah

RM10 juta ke luar negara melalui money changer tersebut, dua kertas siasatan telah dibuka

oleh Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Pihak

Bank Negara Malaysia telah mengambil tindakan untuk membatalkan lesen terhadap

pengurup wang ataupun money changer terbabit pada 25 September 2009 manakala kertas

siasatan yang dibuka oleh pihak SPRM yang telah dirujuk ke Jabatan Peguam Negara pula

telah dikeluarkan arahan pada awal bulan Mei 2012 untuk dijalankan siasatan lanjut bagi

mengesahkan beberapa fakta. Tindakan siasatan lanjut tersebut masih dalam tindakan

pihak SPRM. Sekian, terima kasih.

2 comments:

taukeyliza said...

Saya tidak tahu berkaitan kesalahan "transfering" money inside-out menurut jumlah. Saya juga tidak menyalah mahupun menyokong MB NS ini.
Di segi undang-undang memang I surrender!
TAPI di segi personaliti individu yakni MB sendiri, kita kena ambil kira. Dari mana datangnya wang sebanyak tu? MB NS ni low profile... tapi di sebalik keadaan itu tak ramai yang tahu dia INTERNATIONAL CORPORATE INDIVIDU. Gaji sebelum menjadi MB adalah berlipat ganda jumlahnya berbanding dengan apa yang diperolehi sebagai Menteri Besar. Iaitu Managing Director untuk Cycle & Carriage. Ketika berkhidmat dgn C&C dia seorang yang business minded, International acheiver. Ketika itu dia dah buat banyak international investment. Jadi bagi orang yang tak kenal dia secara dekat mungkin melihat dia seorang "orang kamoung' tambahan pula dia lebih gemar berbicara dengan loghat NS sedangkan ketika di C&C dia lah ahli corporate yang akan duduk berbincang dengan ahli2 Mercedes Benz di German. Sikapnya lebih suka merendah diri... Jadi kalau kita nak menuding jari kita selidik dulu latar belakang orang itu. Saya percaya MB NS memiliki asets & wang yang banyak atas kebijaksaan sendiri bukan meraih duit dari jawatan MB yang baru 5 tahun dipegang!!! Kalau investment hak peribadi dibuat di luar Malaysia tentulah value duit tu menjadi berkali ganda... jadi ?

Anonymous said...

saya sokong kenyataan norliza hassan.