Thursday, February 4, 2010

MCA, MIC, GERAKAN KURANG AJAR














Kurang Ajar!


Sekiranya saya Pengerusi Barisan Nasional, itulah cemuhan yang saya akan lemparkan kepada Presiden MCA, MIC dan Gerakan.

MCA, MIC dan Gerakan semakin hari semakin besar kepala. Hilang rasa hormat dan hilang semangat setiakawan.

Pegawai Khas Perdana Menteri Dato' Nasir Safar mungkin terlepas cakap mengenai sejarah negara dan beliau bingkas memohon maaf dan melepaskan jawatan atas rasa tanggungjawab dan demi menjaga nama baik Perdana Menteri YAB Dato' Sri Najib Tun Razak.

Tidak cukup kah dengan memohon maaf dan meletakkan jawatan?

MCA, MIC dan Gerakan adalah sahabat Umno di dalam Barisan Nasional. MCA, MIC dan Gerakan kena ingat tanpa sokongan Umno, parti-parti ini mungkin sudah berkubur di tangan DAP. MCA, MIC dan Gerakan wujud kerana sokongan orang Melayu.

Bila Dato' Nasir terlepas cakap, siapa yang paling nyaring menyalak. MIC! Pemimpin MIC P. Kamalanathan begitu sibuk menghantar sms ke sepelusuk dunia meminta orangramai membaca Facebook MIC.

Yang riuh bukan PKR, Pas atau DAP. MIC, parti dan rakan Barisan Nasional. Samy Vellu terlompat-lompat mengeluarkan kenyataan melalui Kamalanthan menerusi Facebook MIC mendesak Dato' Nasir dihukum dengan menggunakan Akta Hasutan.

Anak Samy, Vell Parri, yang satu ketika dikaitkan dengan skandal kematian seorang wanita, terpekik terlolong turut serta dengan menghentam Perdana Menteri dengan mempertikaikan keikhlasan Dato' Seri Najib menghadiri majlis Thaipusam dan melawat Tamil Nadu bulan lepas.

Begitu kurang ajarnya pemimpin MIC padahal Dato' Nasir sudah pun memohon maaf dan meletakkan jawatan.

Tidak cukup dengan itu, Setiausaha Pemuda MIC C.Sivarrajh, Ketua Pemuda MCA Wilayah Persekutuan Chiew Lian Keng dan Timbalan Presiden Gerakan Datuk Chang Ko Youn sama-sama mendesak supaya Dato' Nasir ditangkap dan didakwa di bawah Akta Hasutan.

Berani sungguh parti-parti komponen sejak akhir-akhir ini sehingga semangat setiakawan yang wujud sekian lama dibuang umpama sepah.

Kepada Dato' Sri Najib, Jangan lupa apa yang MCA, MIC dan Gerakan lakukan pada Umno. Mereka ini KURANG AJAR.

No comments: