Saturday, February 27, 2010

PLUS HISAP DARAH RAKYAT

Salam Maulidur Rasul.

Wow. Hebat betul Plus. Kaiser teruja bila terbaca cerita Plus untung berbilion-bilion dengan kutip tol saja. Katanya Plus untung sampai RM1.62 bilion tahun lepas. Itu tak masuk untung yang Plus buat pada tahun-tahun sebelumnya. Kalau campur semua untung ni, mungkin dah bertrilion-trilion jumlahnya.

Dengar khabar tak lama lagi naik pulak tol. Kononnya dah tak boleh nak elak lagi dah. Kalau tak naik, kerajaan kena bayar pampasan. Kaiser check-check, dari 2003 sampai 2008 Kerajaan dah bayar pampasan RM2.8 bilion kat Plus saja. Kaiser mengaru-garu kepala. Tak paham macam mana kerajaan sanggup bayar pampasan sebanyak tu kat Plus.

Kaiser pun menyibuk sikit dan check website Plus. Terkejut beruk Kaiser bila kira-kira 84 peratus dari Plus kepunyaan syarikat milik kerajaan. Khazanah pun ada share, KWSP pun ada, Tabung Haji ada sikit, Tabung Angkatan Tentera pun ambik sikit, Tabung Pencen pun ada jugak.
Semua ni syarikat kerajaan. (Carta atas Kaiser ambil dari website Plus)

Kaiser baca lagi. Rupa-rupanya, tahun 2008, Plus bayar dividen RM800 juta kat syarikat-syarikat ni. Ada yang kata pegawai kanan Plus dapat bonus berbulan-bulan. Kaya betul staf Plus. Kalau tak percaya, baca kenyataan Pengerusi Plus. Klik kat SINI kalau nak baca.

Plus umum, 2008 saja kutipan tol mencecah RM2.237 bilion. Banyak betul duit cash yang kita bagi kat Plus. Senarai kutipan dari 2003 hingga 2008, boleh tengok kat SINI. (klik)

Yang Kaiser pelik, tergamak betul syarikat kerajaan macam Plus ni. Tak ada langsung perasaan belas kasihan kat rakyat macam kita. Kira nak untung saja. Yang cukup pelik, Kerajaan pun suruh syarikat dia buat bisnes dengan rakyat yang lemah ni.

Kalau nak kutip tol setakat nak repair lebuhraya, kita boleh faham. Tapi kalau nak kutip tol nak perah rakyat, kejamlah namanya tu.

Ini dah jadi kes hirup darah rakyat.

No comments: