Saturday, February 27, 2010

PLUS HISAP DARAH RAKYAT

Salam Maulidur Rasul.

Wow. Hebat betul Plus. Kaiser teruja bila terbaca cerita Plus untung berbilion-bilion dengan kutip tol saja. Katanya Plus untung sampai RM1.62 bilion tahun lepas. Itu tak masuk untung yang Plus buat pada tahun-tahun sebelumnya. Kalau campur semua untung ni, mungkin dah bertrilion-trilion jumlahnya.

Dengar khabar tak lama lagi naik pulak tol. Kononnya dah tak boleh nak elak lagi dah. Kalau tak naik, kerajaan kena bayar pampasan. Kaiser check-check, dari 2003 sampai 2008 Kerajaan dah bayar pampasan RM2.8 bilion kat Plus saja. Kaiser mengaru-garu kepala. Tak paham macam mana kerajaan sanggup bayar pampasan sebanyak tu kat Plus.

Kaiser pun menyibuk sikit dan check website Plus. Terkejut beruk Kaiser bila kira-kira 84 peratus dari Plus kepunyaan syarikat milik kerajaan. Khazanah pun ada share, KWSP pun ada, Tabung Haji ada sikit, Tabung Angkatan Tentera pun ambik sikit, Tabung Pencen pun ada jugak.
Semua ni syarikat kerajaan. (Carta atas Kaiser ambil dari website Plus)

Kaiser baca lagi. Rupa-rupanya, tahun 2008, Plus bayar dividen RM800 juta kat syarikat-syarikat ni. Ada yang kata pegawai kanan Plus dapat bonus berbulan-bulan. Kaya betul staf Plus. Kalau tak percaya, baca kenyataan Pengerusi Plus. Klik kat SINI kalau nak baca.

Plus umum, 2008 saja kutipan tol mencecah RM2.237 bilion. Banyak betul duit cash yang kita bagi kat Plus. Senarai kutipan dari 2003 hingga 2008, boleh tengok kat SINI. (klik)

Yang Kaiser pelik, tergamak betul syarikat kerajaan macam Plus ni. Tak ada langsung perasaan belas kasihan kat rakyat macam kita. Kira nak untung saja. Yang cukup pelik, Kerajaan pun suruh syarikat dia buat bisnes dengan rakyat yang lemah ni.

Kalau nak kutip tol setakat nak repair lebuhraya, kita boleh faham. Tapi kalau nak kutip tol nak perah rakyat, kejamlah namanya tu.

Ini dah jadi kes hirup darah rakyat.

Saturday, February 20, 2010

NAJIB KENA PECAT TAN SRI NOR YAKCOP

Harap-harap Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak dan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop baca cerita ni. Klik kat sini kalau nak baca.

Monday, February 15, 2010

PM KENA ROMBAK KABINET DAN BUANG TAN SRI NOR YAKCOP

Bukan sekali Setiausaha Politik Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop kena tangkap kes rasuah.

Terbaru Hasbie Satar yang ditangkap di Pulau Pinang bersama RM2 juta ringgit.

Jangan salahkan orang kalau ada orang tuduh Tan Sri Nor dan Hasbie dua kali lima.

Nama Tan Sri Nor dah terpalit. Tak payah lah berdolak dalik nak nafi tak terlibat. Jangan pula ingat suruh Hasbie letak jawatan Tan Sri Nor jadi bersih, puteh melapak, macam kain putih.

Tan Sri Nor adalah Menteri peninggalan zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi. Macam2 cerita orang dengar pasal Tan Sri Nor ini. Tapi masih selamat kerana Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak masih sayang padanya.

Sampai bila Dato' Sri Najib nak simpan Tan Sri Nor ini? Sampai negara bangkrup ke?

Tak tau lah ambo kalau Dato' Sri Najib nak simpan Tan Sri Nor ini lagi lepas Hasbie ditangkap ada RM2 juta. Kalau anak buah ada RM2 juta, bos dia macam mana pula.....

Dua perkara Dato Sri Najib perlu buat. Satu, rombak kabinet dan buang Tan Sri Nor dan dua, suruh SPRM siasat Tan Sri Nor.

Kalau dah dua Setiausaha Politik kena tangkap, kena lah check bos dia bersih ke tidak?

Saturday, February 6, 2010

KERAJAAN KITA MAIN TUTUP BUKU SAJA KES CURI RAHSIA NEGARA

Di Malaysia ini macam-macam ada. Ana terkejut dengan kenyataan Menteri Pertahanan Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini bahawa isu kedutaan asing mencuri rahsia negara di anggap selesai dan tutup buku.

Dato' Seri Zahid yang telah mendedahkan bahawa hasil siasatan polis dan tentera, didapati ada kakitangan Kementerian Pertahanan telah diupah oleh sebuah kedutaan asing untuk menjual rahsia negara.

Mudah betul jalan penyelesaian Kerajaan. YAB Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak mengarahkan Dato' Seri Zahid supaya tidak mendedahkan nama kedutaan tersebut dan hari ini isu tersebut selesai dan kes ditutup.

Senanglah jadi kerajaan macam ini. Main tutup kes saja tanpa mengira kes itu serius atau tidak.

Kasier pun men"google" untuk mencari kes spy yang terkini di dunia dan terjumpa lah kes antara Columbia dan Venezuela.

Kerajaan Columbia mengambil tindakan menghalau keluar dua spy Venezuela atas tuduhan mengintip.

Negara macam Columbia pun ada maruah. Kes yang Dato' Seri Zahid bangkitkan adalah kes kedaulatan negara kita. Kalau kes macam ini pun diambil ringan, tak tau lah kita apa lagi kes yang disorok oleh Kerajaan kita.

Friday, February 5, 2010

PM ARAHKAN DATO' SERI ZAHID SEMBUNYI NEGARA MANA YANG CURI RAHSIA PERTAHANAN NEGARA

Macam tak percaya. YAB Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak mengarahkan Menteri Pertahanan Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi menyembunyikan kedutaan mana yang telah mengupah anggota tentera untuk membocorkan rahsia pertahanan negara.

Benarkan Dato' Sri Najib sanggup mengarahkan Dato' Seri Ahmad Zahid supaya jangan dedah negara mana yang mencuri rahsia pertahanan negara?
"Demi menjaga hubungan diplomatik dengan negara berkenaan, Perdana Menteri meminta supaya tidak didedahkan kedutaan yang terbabit dalam kes ini. Perdana Menteri berharap supaya Kementerian Pertahanan memberitahu melalui kaedah diplomatik dalaman kepada pihak berkenaan agar perkara ini dapat dijelaskan dengan baik tanpa mendedahkan identiti negara terbabit." (Kenyataan Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi)

Dan tidak mungkin pula Dato' Seri Ahmad Zahid bercakap tidak benar. Hari ini Dato' Seri Ahmad Zahid membuat kenyataan beliau telah bertemu Perdana Menteri untuk memberi taklimat mengenai tindakan orang dalam Kementerian Pertahanan menjual rahsia pertahanan negara kepada kedutaan asing.

Apa yang dilakukan oleh orang dalam Kementerian Pertahanan cukup berat dan serius. Ianya satu tindakan menderhaka kepada negara dan kalau di zaman dahulu sudah pasti hukumnya dipancung kepalanya.

Betapa beratnya hukuman menderhaka kepada negara. Tetapi lain betul reaksi Dato' Sri Najib.

Tidak munasabah untuk beliau mengarahkan Dato' Seri Ahmad Zahid menyembunyikan perkara ini dan selesaikan secara senyap-senyap. Ada udang sebalik batu ke?

Sepatutnya penderhaka itu dihukum secepat mungkin dan dipamirkan di khalayak ramai. Kalau di Amerika. Iran atau negara-negara Eropah, dah lama diplomat negara tersebut dihalau keluar dari Malaysia.

Tetapi YAB PM kata jangan dedahkan. Selesai cara diplomatik. Pelik betul tindakan Dato' Sri Najib ini.

Thursday, February 4, 2010

MCA, MIC, GERAKAN KURANG AJAR














Kurang Ajar!


Sekiranya saya Pengerusi Barisan Nasional, itulah cemuhan yang saya akan lemparkan kepada Presiden MCA, MIC dan Gerakan.

MCA, MIC dan Gerakan semakin hari semakin besar kepala. Hilang rasa hormat dan hilang semangat setiakawan.

Pegawai Khas Perdana Menteri Dato' Nasir Safar mungkin terlepas cakap mengenai sejarah negara dan beliau bingkas memohon maaf dan melepaskan jawatan atas rasa tanggungjawab dan demi menjaga nama baik Perdana Menteri YAB Dato' Sri Najib Tun Razak.

Tidak cukup kah dengan memohon maaf dan meletakkan jawatan?

MCA, MIC dan Gerakan adalah sahabat Umno di dalam Barisan Nasional. MCA, MIC dan Gerakan kena ingat tanpa sokongan Umno, parti-parti ini mungkin sudah berkubur di tangan DAP. MCA, MIC dan Gerakan wujud kerana sokongan orang Melayu.

Bila Dato' Nasir terlepas cakap, siapa yang paling nyaring menyalak. MIC! Pemimpin MIC P. Kamalanathan begitu sibuk menghantar sms ke sepelusuk dunia meminta orangramai membaca Facebook MIC.

Yang riuh bukan PKR, Pas atau DAP. MIC, parti dan rakan Barisan Nasional. Samy Vellu terlompat-lompat mengeluarkan kenyataan melalui Kamalanthan menerusi Facebook MIC mendesak Dato' Nasir dihukum dengan menggunakan Akta Hasutan.

Anak Samy, Vell Parri, yang satu ketika dikaitkan dengan skandal kematian seorang wanita, terpekik terlolong turut serta dengan menghentam Perdana Menteri dengan mempertikaikan keikhlasan Dato' Seri Najib menghadiri majlis Thaipusam dan melawat Tamil Nadu bulan lepas.

Begitu kurang ajarnya pemimpin MIC padahal Dato' Nasir sudah pun memohon maaf dan meletakkan jawatan.

Tidak cukup dengan itu, Setiausaha Pemuda MIC C.Sivarrajh, Ketua Pemuda MCA Wilayah Persekutuan Chiew Lian Keng dan Timbalan Presiden Gerakan Datuk Chang Ko Youn sama-sama mendesak supaya Dato' Nasir ditangkap dan didakwa di bawah Akta Hasutan.

Berani sungguh parti-parti komponen sejak akhir-akhir ini sehingga semangat setiakawan yang wujud sekian lama dibuang umpama sepah.

Kepada Dato' Sri Najib, Jangan lupa apa yang MCA, MIC dan Gerakan lakukan pada Umno. Mereka ini KURANG AJAR.

Tuesday, February 2, 2010

PAK LAH, KAMU BUAT APA DENGAN RM270 BILION TU?

Sampai sekarang Kaiser masih menanti jawapan kepada tuduhan mantan Perdana Menteri Yang Amat Berbahagia Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Yang Amat Berbahagia Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Kasier benar-benar nak tahu apa Tun Abdullah buat dengan RM270 bilion yang Tun Dr Mahathir katakan dibayar oleh Petronas kepada kerajaan semasa Tun Abdullah menjadi Perdana Menteri.

Sebagai rakyat, Kaiser merasakan berhak mengetahui ke mana perginya duit itu ketika rata-rata rakyat bercakap bahawa Kerajaan dah kehabisan sumber kewangan.

Apa tidaknya, tabung PTPTN pun dah kering, kakitangan kerajaan yang nak ambik option bersara pun tak akan dapat gratuiti sepenuhnya dan khabarnya harga petrol pun nak naik.

Harap-harap dalam masa seminggu dua lagi dapatlah jawapan ke mana perginya RM270 bilion itu. Bukan sedikit duitnya.