Friday, March 29, 2013

ANAK TUN MAHATHIR KEBANGGAAN MELAYU

Lama sangat Kaiser tak menulis. Tapi Kaiser selalu tengok blog. Hatta terbacalah blog Sakmongkol. Terkejut beruk bila Sakmongkol tulis : Kami tak cemburu anak Tun Dr Mahathir ke sana ke mari memandu Bugatti Veyron.  Dia billionaire.

Kaiser orang kampung. Nak sebut Bugatti Veyron pun tak pandai tambah lah lagi bentuk kereta ni. Maka Kaiser buat sedikit kajian google lah. Hasilnya ialah gambar di atas.

Hasil kajian mengenai Buggati Veyron ini, Kaiser mendapati:

1) Harga Buggati Veyron ialah: US$2.55 juta (RM7.65 juta) tidak termasuk cukai kerajaan Malaysia.

2)  Kos maintenance: RM900,000 setahun

3)  Downpayment yang kita kena bayar kalau nak beli kereta ini: RM1.05 juta

4)  Kos penghantaran kereta Buggatti Veyron ini ke rumah kita: RM120,000

5)  Insurans : RM7,500 sebulan
Klik di sini kalau nak baca: Buggatti Veyron
6)  Satu tank petrol Buggati Veyron hanya dapat bertahan untuk 12 minit saja.

Sebagai rakyat Malaysia, Kasier cukup bangga ada rakyat Malaysia macam anak Tun Mahathir yang betul2 berjaya dalam karier mereka tanpa sebarang bantuan dari Tun semasa beliau menjadi Perdana Menteri.

Kita juga bangga kerana ada anak Melayu kaya sekurangnya anak Tun dapat menjadi simbol kekayaan orang Melayu. 

Ini semua hasil ketuanan Melayu. Kita kena pertahankan ketuanan Melayu ini kerana kita perlu hasilkan lebih banyak anak Melayu yang sekaya seperti anak Tun yang sanggup membelanjakan jutaan ringgit untuk memiliki sebuah kereta.

Jangan sekali2 kita benarkan Tanah Melayu jatuh ke tangan bukan Melayu. Ingat kita kepada lagu anak kecil main api. 

Biar kita duduk pondok, naik basikal, naik kancil - ketua melayu kena pertahankan. Jangan biarkan Tanah Melayu jatuh ke tangan orang.   




Friday, June 15, 2012

KITA BANGGA ANAK JJ, RAJA NONG CHIK KAYA

 Riuh rendah anak JJ (Jamaluddin Jarjis) dan anak Raja Nong Chik dapat projek kerajaan.
Katanya anak JJ baru berumur 25 tahun dah dapat projek RM128 juta dengan Kementerian Pengangkutan.
Pada umur 25 tahun, anak2 kita duk merana nak belajar lagi, tapi anak JJ, Ikhwan Jamaluddin, dah jadi jutawan. Syukur ada anak Melayu yang pandai macam anak JJ dah kaya pada usia muda.
Tu lah sebab kita kena pertahan betul2 ketuanan Melayu ni. Jangan sampai kuasa kita jatuh ke tangan Cina. Kalau hilang ketuanan Melayu, susahlah kita nak bagi anak Melayu jadi jutawan masa muda. 
Anak Raja Nong Chik pula, darjah satu dah buka company. Jauh beza dengan anak2 kita. Anak kita masa darjah satu, rambut pun kita kena sikatkan. Tapi anak Raja Nong Chik lain. Umur 7 tahun pun dah pandai buat bisnes.
Cecah umur 20, dah dapat RM30 juta punya projek. Jangan kita samakan anak2 zaman 70an dengan anak2 kurun ke 21 ni. Anak2 zaman Facebook, zaman Twitter dah pandai buat bisnes. Anak Raja Nong Chik contoh terbaik.
Kita tak terkejut kalau anugerah CEO terbaik tahun 2012 ni di bagi samada pada anak JJ, Raja Nong Chik dan Shahrizat Jalil.
Harap2 penganjur jemput bapa mereka untuk turut hadir kerana anak2 mereka berjaya kerana dididik oleh bapa mereka.

Kita semua janganlah ada hasad dengki bila tengok anak JJ, Raja Nong Chik dan Shahrizat jadi jutawan masa muda.
Memang mereka layak. Mereka dilahirkan dalam keluarga bijak pandai. Bukan dungu macam kita. Raja Nong Chik, JJ adalah Melayu bijak pandai. Kalau tak pandai, tak kan jadi Menteri.

Anak kita terkial2 bukan salah dia. Salah kita. Sebab kita ni dunggu. Keluarga dungu. Kalau pandai, dah lama jadi Menteri.

Ramai2 lagi anak2 muda pandai di Msia ni. Boleh buat list. Naziffudin anak PM. Mukhriz, Mokhzani, Mirzan anak Mahathir. Anak Nazri Aziz dan banyak lagi.

Kita kena pastikan ketuanan Melayu terpelihara. Msia ni Tanah Melayu. Pastikan kuasa ditangan kita orang Melayu. sebab ketuanan Melayulah anak2 muda mcm anak JJ, Raja Nong Chik dan Shahrizat, anak Najib, anak Mahathir dengan mudah boleh kaya.

Jadi jagalah tanahair kita jangan jatuh ketangan orang lain.  

Thursday, June 14, 2012

SPRM MASIH SIASAT MAT HASAN TRANSFER RM10 JUTA

Rupa2nya MB Negeri Sembilan Mat Hassan masih disiasat oleh SPRM. Ingat kut kes dia dah ditutup.

Kes pindah RM10 juta ke London dulu. Mungkin ramai dah lupa. Pengurup wang yang tolong bawa duit tu dah di tarik lesennya oleh Bank Negara.

Cepat betul Bank Negara membuat siasatan terhadap pengurup wang tersebut. Tak macam SPRM. Dua tahun tak habis2 siasat Mat Hassan ni.

Begitulah tahap kecekapan agensi kerajaan. Kita boleh bandingkan tahap kecekapan Bank Negara dengan SPRM. Atau mungkin agensi kerajaan ini tahap kecekapannya tinggi sebab kes Bank Negara melibatkan ikan bilis. SPRM pula jerung. Jadi kalau nak siasat jerung kena lama lah sikit. Sekurangnya ambil masa 10 tahun boleh selesai.

Ada orang bagitau Kaiser kes Mat Hassan timbul balik di Parlimen. Maka Kaiser pun check2 lah hasard parlimen.

Rupa2nya betul. YB Seremban yang bawa kes ni dalam ucapan penangguhan dia semalam. Kaiser siarkan kandungan Hansard kes Mat Hassan ni beserta jawapan timbalan menteri KDN.

UCAPAN-UCAPAN PENANGGUHAN


Wang RM10 Juta Dihantar Menteri Besar

Negeri Sembilan Melalui Money Changer

5.30 ptg.

Tuan John Fernandez [Seremban]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Isu wang

sebanyak RM10 juta yang dihantar oleh Menteri Besar Negeri Sembilan melalui money

changer ke negara lain. Perkara saya ingin bangkitkan di sini ialah berkenaan dengan isu

yang pernah saya tanya kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Yang Berhormat

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz semasa menggulung perbahasan Bajet 2012 iaitu

peringkat dasar di Dewan yang mulia ini pada 24 Oktober 2011. Jawapan yang saya terima

daripada Yang Berhormat Menteri ialah siasatan SPRM ke atas kes ini telah pun

diselesaikan dan kertas siasatan ini di dalam kajian pihak timbalan pendakwa raya.
 
DR 13.6.2012


108

Jawapan ini saya sudah terima kira-kira lima bulan yang lepas dan pada sesi soal

jawab yang lepas, soalan yang sama juga saya ajukan kepada Menteri yang berkenaan

pada 10 April 2012 dan jawapan saya terima ialah kes masih di dalam kajian pihak Peguam

Negara. Apa yang saya ingin bangkitkan ialah apakah tindakan yang diambil oleh pihak

Peguam Negara bagi kes ini. Saya ingin tahu:

(a) apa tindakan seterusnya oleh pihak Peguam Negara;

(b) adakah terdapat mana-mana pihak yang akan didakwa di

mahkamah sekiranya dakwaan ini benar; dan

(c) apakah tindakan yang telah diambil sekiranya ada terhadap money

changer yang berkenaan.

Isu ini adalah amat penting bagi memastikan fakta dan dakwaan tersebut adalah

mempunyai asas di mana rakyat berhak mengetahui perkara yang sebenarnya. Sekiranya

dakwaan tersebut adalah benar, pihak yang bertanggungjawab mesti ambil tindakan yang

sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang. Diharap pihak yang berkenaan dapat

memandang serius perkara ini dan tindakan segera dapat diambil. Sekian, terima kasih

Tuan Yang di-Pertua.
 
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Sila Yang


Berhormat.

5.34 ptg.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Datuk Liew Vui Keong]: Tuan

Yang di-Pertua, berikutan dakwaan melibatkan transaksi penghantaran wang berjumlah

RM10 juta ke luar negara melalui money changer tersebut, dua kertas siasatan telah dibuka

oleh Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Pihak

Bank Negara Malaysia telah mengambil tindakan untuk membatalkan lesen terhadap

pengurup wang ataupun money changer terbabit pada 25 September 2009 manakala kertas

siasatan yang dibuka oleh pihak SPRM yang telah dirujuk ke Jabatan Peguam Negara pula

telah dikeluarkan arahan pada awal bulan Mei 2012 untuk dijalankan siasatan lanjut bagi

mengesahkan beberapa fakta. Tindakan siasatan lanjut tersebut masih dalam tindakan

pihak SPRM. Sekian, terima kasih.

Friday, March 2, 2012

HISHAMUDDIN KECUT DENGAN STAR

Geli hati Kaiser baca kenyataan akhbar Kementerian Hishamuddin Hussein panggil 3 editor mengadap. Kalau Kaiser jadi editor Star, Kaiser akan masuk pejabat Hisham sambil tersenyum lebar. Apa nak takut. Dulu letak gambar babi dalam hidangan Ramadan pun takat bagi warning saja.

Itu babi, ni Erykah Badu saja. Tak kan Erykah Badu lebih serious dari babi. Habis2 Hisham akan bagi amaran saja. Menteri KDN kena selalu bagi amaran, kerana orang Malaysia cukup takut dengan amaran.

Konsert Erykah Badu kena ban sebab gambar saja. Gambar yang disiarkan oleh Star. Yang peliknya, Erykah tak dibenarkan menyanyi, tetapi Star yang keluarkan gambar tersebut, tak pula diambil tindakan.


Wah, inilah wajah ketua editor Star, Dato' Seri Wong Chun Wai. Kalau lah kesalahan Star ni dilakukan oleh paper lain dari Star, dah pasti mengamuk sakan Putrajaya. Kaiser pasti, kalau lah editor yang letak gambar Erykah Badu tu dari Utusan, Berita Harian atau NST, dah lama editor ditukar atau dibuang.


Tapi ini Star. Buatlah apa saja, tak apa. Paling lekeh takat warning saja. Betul lah kata orang, Hishammuddin ini hanya "Menteri Amaran".

Thursday, December 15, 2011

JJ NAK JUAL RUMAH & LETRIK

Bukan main terkejut pegawai2 kanan Sime Darby dua hari lepas bila tiba2 Duta Besar Malaysia ke Amerika Jamaluddin Jarjis (JJ) muncul di majlis mereka di Labu untuk pelancaran majlis rumah mampu milik oleh PM.

PM sendiri terpaksa bagi penjelasan bahawa beliau telah melantik JJ telah dilantik sebagai CEO PR1MA .

Lagi terperanjat para hadirin. Dah lah jadi Duta bertaraf Menteri, dilantik jadi CEO pulak. Macam lah tak ada orang lain di Malaysia ini.

Imej JJ bukan lain baik sangat pun. Dulu dituduh mencabul seorang pompuan jual curut dan semua orang tahu apa dia buat di Kementerian Sains dulu.

Bila Pak Lah buang dia, JJ merayu pada KJ untuk Pak Lah lantik dia semula. Bila Najib jadi PM, dia merayu pada Rosmah pula. Maka jadilah Duta bertaraf Menteri.

Sekarang jadi CEO PR1MA. Katanya PR1MA bukan setakat nak buat rumah murah saja. Ada orang Umno kata PR1MA tengah plan nak jual letrik pula pada TNB. Bila masa pula PR1MA jadi IPP?

Pandai betul JJ cari kekayaan.

Saturday, April 9, 2011

NAZRI HADIAHKAN MAHFUZ DENGAN LAWATAN KE PANAMA

PANAMA! Bukan main jauh tempatnya. Itulah destinasi pelancongan Mahfuz Omar, orang kuat Pas sehari dua lagi.

Banyak betul duit Mahfuz sehingga mampu bercuti di Panama. Dengar cerita Mahfuz ke sana kerana terpilih untuk mewakili Malaysia sebagai wakil Ahli Parlimen untuk persidangan Ahli2 Parlimen.

Siapa yang pilih? Nazri Aziz. Tak heran lah Nazri pilih Mahfuz untuk ke Panama. Apa tidaknya? Mahfuz bukan main defend Nazri dalam kes ubahsuai Dewan Serbaguna Parlimen.

Kalau kita baca Harakah, isu yang dibangkitkan Mahfuz seolah-olah ada penyelewangan dalam pemberian kontrak pengubahsuaian bangunan tersebut. Bila Kaiser check2, rupa2nya Nazri Aziz hot dengan Menteri Kerjaraya Shaziman Mansor sebab bagi kontrak tu terus kepada satu syarikat nama TRC.

Sumber Kaiser kata, tujuan Shaziman bagi kepada TRC kerana nak pastikan projek ubahsuai itu siap ikut jadual. Katanya juga Shaziman tak mau ambil risiko lantik kontraktor bukan2 dan bila projek tak siap, dia yang kena balun.

Dengar cerita Nazri punya hot dengan Shaziman sampai hentam Shaziman habis2an dalam Kabinet. Tapi Shaziman dikatakan jawab balik dan PM terima penjelasan Shaziman dan Nazri terus terdiam.

Dalam diam2 Mahfuz bawa isu tu ke Parlimen. Ada kutu kata, Nazri yang jolok Mahfuz untuk bawa isu tu ke Parlimen sebab dah ada dalam kepala Nazri syarikat mana dia nak bagi kontrak tu.

Kaiser terbahak2 ketawa bila ada kawan Kaiser cerita bagaimana Nazri gelabah bila Ahli Parlimen Bruas tanya Nazri sapa yang supply komputer dalam Parlimen dan sekarang jadi gajah putih. Nazri tak jawab soalan Bruas tapi katanya nak bawa isu komputer rosak tu ke pengurusan Parlimen. Jawablah Nazri.

Aku dengar projek komputer tu kau bagi kat pegawai khas Salleh Gemok. Sebenarnya dah jemu kita tengok muka Nazri. Bila dia cakap siasatan ke atas Kastam perlu diteruskan untuk banteras rasuah, aku jatuh kerusi bila terdengar komen dia. Sebab dia hipokrit.

Projek parlimen banyak yang dia. sapu. Aku dengar, projek TBS pun ada ada ... Orang macam ni pun Najib simpan lagi.

Tuesday, March 8, 2011

BILA ANAK NAZRI AZIZ KE PARLIMEN

Kebetulan Kaiser berada di Parlimen tengahari Selasa. Ketika sesak-sesak menunggu kereta di hadapan Parlimen, sebuah kereta BMW hitam berhenti di hadapan.

Beberapa Menteri dan pegawai-pegawai kanan kerajaan ketika itu turut menunggu kereta masing-masing.

Tiba-tiba muncul dari kereta BMW hitam dua pegawal keselamatan berpakaian bush jacket dan membuka pintu.

Keluar seorang lelaki yang wajahnya penuh dengan kesombongan berlari anak menaiki tangga Parlimen.

Bapak-bapak Menteri terpingga-pingga. Siapa anak muda ini?

Masing-masing tertanya. Lalu seorang pegawai cakap, "itu lah anak Nazri Aziz."

Jawap seorang Menteri, "wah sombongnya."

Jawap seorang pegawai: "bapa borek, anak rintik".

Itulah hasil Dasar Ekonomi Baru kerajaan kita. Hasilnya bapa jadi Menteri, anak jadi merak buih. Tak tahu hormat orang.

Monday, February 14, 2011

TENGKU ZAFRUL PEGANG HARTA UMNO BERBILION RINGGIT?

Riuh-rendah di dalam blog pro-Umno mengenai Tengku Dato' Zafrul Tengku Abdul Aziz selepas Zafrul secara tidak langsung menghentam Perdana Menteri Dato' Sri Najib Razak kerana melantik Tan Sri Isa Samad yang terbukti melakukan jenayah rasuah sebagai Pengerusi Felda.

Kenyataan Zafrul tak salah. Perkara-perkara pelik macam ini hanya berlaku di Malaysia. Orang yang terbukti rasuah boleh terus diberikan jawatan. Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dulu dituduh merogol seorang gadis bawah umur sekarang ini menjadi Pengerusi Risda. Hanya di Malaysia, macam2 ada.

Dalam kes Zafrul, habis cerita bawah kain di selak oleh blogger2 pro-Umno. Siapa emak Zafrul. Apa kaitannya dengan Jamaluddin Jarjis yang satu ketika dituduh meraba seorang gadis di kedai curut di Hotel Le Meridien dan bagaimana gadis tersebut dibayar berjuta ringgit oleh JJ untuk selamatkan diri.

Cerita girlfriend Cina Zafrul iaitu saudara kepada Tan Sri Lim Goh Tong pun keluar.

Hanya satu benda lagi yang belum keluar mengenai Tengku Zafrul.

BENARKAH ZAFRUL MERUPAKAN PROKSI UMNO YANG DIBERI TANGGUNG JAWAB MEMEGANG SAHAM TELEKOMUNIKASI MILIK UMNO BERNILAI BERBILION2 RINGGIT?

Dah menjadi amalan Umno, harta2 Umno dipegang oleh individu, atas nama individu. Katanya Zafrul pun ada memegang berbilion saham telekomunikasi milik Umno.

Kaiser nak tanya satu perkara. Kalau Umno jalan atau Najib jalan, Zafrul nak bagi balikkah kat Umno saham2 ini atau dia kongsi dengan sifu dia yang bagi idea kat Najib supaya letak saham2 ini di bawah nama Zafrul?

Rasanya dah ramai proksi2 Umno kaya secara automatik. Zaman Pak Lah entah berapa ramai yang kaya dengan cabut lari bersama2 dengan harta Umno.

Kalau tak percaya, blogger2 Umno kenalah tanya Presiden Umno atau Tengku Adnan.

Kesian Kaiser tengok orang2 Umno. Yang bertungkus-lumus, demo. Yang kayo-rayo orang macam Zafrul.

Zafrul ini entah ahli Umno ke tidak, kita tak tau. Sedih Kaiser tengok orang Umno. Yang kayo, orang lain.

Cerita mengenai Zafrul boleh di baca di sini: BRICK, PARPUKARI, UNSPINNERS & APANAMA.

Saturday, January 8, 2011

ROSMAH DAH MELAMPAU

Siapa biaya lawatan Rosmah ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh? Duit rakyat?

Siapa Rosmah? Rosmah tidak lebih dari hanya isteri kepada Najib Razak. Itu saja.

Tiga hari di Arab Saudi, 4 hari di Oman dan 3 hari di Bangladesh.

Lawatan rasmi, atas kapasiti apa? Atas kapasiti bini Perdana Menteri saja ke?

Kita maukan jawapan dari Perdana Menteri. Rosmah ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh naik apa?

Kapalterbang eksekutif kerajaan ke? Hotel siapa bayar? Delegasi yang dibawa Rosmah, kosnya siapa tanggung?

Kita minta perkara ini di bawa ke Parlimen. Rakyat mau tahun, berapa banyak duit rakyat digunakan untuk lawatan ini.

Tolong juga beritahu kita, apa hasilnya?

baca di SINI mengenai lawatan rasmi Rosmah ke Oman, Arab Saudi dan Bangladesh.

Tuesday, January 4, 2011

KHAIRY TAK YAKIN PENTADBIRAN NAJIB

Khairy Jamaluddin sombong? Fakta.

Khairy Jamaluddin angkuh? Fakta.

Khairy Jamaluddin ada ummph? Fakta.

Terkejut beruk dengar KJ tak mau bertanding lagi dalam PRU akan datang. Apa tidaknya, umur baru 35 tahun.

Dalam kabinet ada Menteri yang dah menongkat langit, tunggu malaikat maut Israil datang nak cabut nyawa pun masih duk bercita-cita nak jadi Menteri 20 tahun lagi.

KJ baru 35 tahun, dah nak berhenti. Kenapa ye KJ?

Marah kat Najib sebab tak bagi jadi Menteri ke? Takut kalah kat Rembau ke? Dulu hang kata nak jadi PM sebelum sampai umur 40 tahun. La ni hang dah MP. Doh hilang sobar ke nak alih MP jadi PM?

Ikut firasat aku, KJ tak nak bertanding sebab dah hilang keyakinan kat Najib. KJ rasakan Najib punya pentadbiran ni lebih teruk dari bapa mertua dia. Bagi KJ, baik balik jadi student dari jadi MP bawah Najib.

Dulu Najib bantai bapa mertua dia, sekarang dua kali lima saja.

Najib jangan lupa. KJ bukan calang2 orang dia. KJ pun ada pengikut. Anak2 muda suka KJ. Dia orang follow twitter, facebook & blog dia. KJ bukan macam Najib. Kalau Najib punya facebook, twitter ditulis oleh budak2 pejabat PM, Khairy lain. Dia tulis sendiri.

Pandangan KJ pun dihormati. Pandangan orang muda - dibuat secara terbuka - tak takut pada sapa2.

Tengoklah saja pandangan KJ. Suratkhabar Amerika pun siarkan pandangan dia.

Kesimpulan dia, bila KJ kata tak nak bertanding, yang parah ialah Najib. Kenapa? Kerana nampak sangat orang muda dah tak minat kat Najib.

Dalam Kabinet tinggal lah puak2 tua2 yang menongkat langit, kalau boleh sampai mati nak jadi Menteri Kabinet. Termasuk lah menteri yang rogol amah dan menteri yang ada pegawai khas ditangkap SPRM.

Friday, December 31, 2010

LANGIT DAN BINTANG DIJANJIKAN

Selamat Tahun Baru. 2011.

Dah lama Kaiser tidak menulis. Sempena tahun baru dan diambang 2011 ini, terasa di hati ingin menulis dan merenung kembali 2010.

Syabas kepada Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak di atas kejayaan beliau sepanjang 2010.

Kaiser maksudkan kejayaan beliau dalam memberi janji first class kepada rakyat Malaysia.

Setakat hari ini, yang Kaiser nampak hasil dari kejayaan Najib hanyalah Klinik 1 Malaysia dan logo 1 Malaysia. Yang lain hanya janji.

Najib hanya menjual janji untuk popular. Orang-orang di sekililing Najib tampak begitu pintar. Hanya dengan janji sudah cukup bagi mereka untuk beri gambaran bahawa Najib semakin popular.

Lihat saja perlawanan bolasepak antara Malaysia dengan Indonesia. Pada saingan pertama, Najib hanya hadir duduk bersila bersama penonton menonton layar besar dan esoknya akhbar-akhbar media massa mengembar-gemburkan akan kehadiran tidak sampai 15 minit itu.

Tetapi semasa final, tidak pula kelihatan wajah Najib di mana2 di Kuala Lumpur. Sebaliknya beliau bungkus baju terus bercuti.

Bila menang, tut-tut keluar dalam facebook dan twitter mengucapkan tahniah kepada pasukan bolasepak Malaysia dan untuk lebih popular, Najib mengumumkan cuti umum sehari untuk seluruh negara padahal Malaysia baru jadi juara satu trofi, itu pun untuk Asia Tenggara.

Tahniah kepada pasukan publisiti Najib. Memang hebat. Apa tidaknya. Pejabat Najib ada McKinsey, ada APCO dan baru2 ini katanya dibawa pula orang kuat TV3 untuk mempromosi Perdana Menteri.

Najib tidak pernah menyentuh mengenai harga barang. Sepanjang Najib menjadi Perdana Menteri, adakah harga petrol berkurangan? Adakah harga gula berkurangan? Adakan harga ikan semakin murah? Adakah harga teh tarik tidak naik?

Tak pernah pun Najib menyentuh perkara2 ini. Hanya yang dijaja ialah ETP, NKRA, GTP, MRT, PDP dan entah apa lagi selepas ini.

Tahun 2010 hanya mengenai akronim dan janji melangit Najib kepada rakyat. Tidak lebih dari itu.

Selamat Tahun Baru.

Monday, November 22, 2010

MUSIM MEMBUNUH SESAMA SENDIRI DALAM UMNO

Musim bunuh-membunuh sesama sendiri sudah tiba di dalam Umno. Tiga Menteri sudah menjadi mangsa kepada sifat tamak haloba di dalam Umno dek cakap-cakap akan berlaku rombakan kabinet tidak lama lagi.

Dato' Shaziman Mansor, Dato' Ismail Sabri dan Dato' Shabeery Chik menjadi korban pertama semasa Hari Raya korban ini.

Kaiser akan mendedahkan siapa di belakang insiden Tembak Curi terhadap ketiga-tiga mereka ini dan kenapa individu-individu tertentu mahukan mereka ini dinyahkan dari kabinet untuk memuaskan hawa nafsu mereka ini.

Tunggu pendedahan Kaiser nanti.

Friday, October 8, 2010

TAMAK DAN RAKUSNYA SYED MOKHTAR

Syed Mokhtar Al-Bukhary. Kata Rocky Bru, penderma terkenal.

Sesiapapun yang diberi peluang seperti Syed Mokhtar boleh menjadi penderma terkenal. Sesiapa yang mendapat projek berbilion ringgit, boleh menjadi penderma terkenal. Sesiapa yang mendapat berbilion ringgit, boleh menderma RM5 juta untuk Yayasan di Johor, boleh buat berpuluh masjid di seluruh Malaya.

Siapa saja. Tak semesti Syed Mokhtar saja yang boleh menjadi penderma.

Baru2 ini, terbaca sebuah berita Syed Mokhtar mengirim lebih RM1 juta kepada Sultan Johor sebelum Hari Raya di dalam dua beg untuk satu Yayasan di Johor. Murni betul Syed Mokhtar ni. Nak tahu cerita baca dan klik di SINI dan SINI

Tak lama selepas itu, kita pun dengar bukan main hebatnya Syed Mokhtar. Nak beli PLUS pulak. Blog ini ada tulis pasal Syed Mokhtar nak beli Plus. Klik kat sini: http://asasserbawatch.wordpress.com/2010/07/17/cronyism-rears-its-ugly-head-again/

Tak cukup Plus, Syed Mokhtar nak benda lain juga. Tanah Pulapol. Tanah RRI pun dia mahu. Klik kat SINI untuk baca cerita Syed Mokhtar ni.

Jalan keretapi berkembar pun dia dapat. Sesiapa yang dapat projek macam Syed Mokhtar pun boleh bagi berjuta2 ringgit pada Sultan untuk Yayasan.

Dalam masa sebulan ni. kita dapat lihat sendirilah betapa tamak dan rakusnya Syed Mokhtar.

Tapi sesetengah orang, bukan main melambung puji Syed Mokhtar. Kita pun puji kalau diberi habuan dalam dua buah beg.

Tuesday, August 17, 2010

ARJUNAN TUDUH SARAVANAN SUPPLY GADIS PADA TAN SRI DALAM MIC

M.Saravanan, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, seorang "pembekal" pelacur?

Macam tak percaya. Tengoklah muka dia. Nampak profesional.

Bagaimanapun M.S. Arjunan, ketua cawangan PKR Taman Ehsan Tasek di Perak, begitu yakin Saravanan adalah bapa ayam sehingga sanggup beliau buat laporan polis.

Tak mungkin Arjunan sanggup masuk jel kerana buat laporan polis palsu.

Hari ini Arjunan cabar Saravanan untuk saman beliau. Yang menariknya, Arjunan dedahkan ada Tan Sri dalam MIC yang pakai perempuan muda yang di supply oleh Timbalan Menteri ini.

Kita tunggu polis punya siasatan samada betul ke tidak tuduhan terhadap Saravanan ini.

Monday, July 26, 2010

KEJANTANAN DAN KEHEBATAN JHO LOW DISISI PARIS HILTON

Kaiser melayari sebuah blog dan terjumpalah gambar2 Jho Low ni bersama dengan Paris Hilton. Mohon maaf kerana Kasier tidak dapat mendedahkan website yang Kaiser copy gambar ni sebab ada usur pornografi. Gambar2 ni sudah cukup menggambarkan betapa indahnya kehidupan lelaki Cina Malaysia ini dengan kekayaaan yang beliau ada.



















Sunday, May 30, 2010

KISAH JHO LOW DAN BIG MAMA

Zaman Pak Lah dulu ada Patrick "Badawi" Lim. Zaman Perdana Menteri sekarang ada orang baru-- katanya bernama Jho Low (bunyi macam J Lo - penyanyi terkenal Jennifer Lopez).

Ini tuduhan orang PKR. Betul ke tidak, tak tahulah. Ada blogger namanya Sakmongkol pun ada tulis pasal Jho Low ni.

Kata orang PKR Jho Low dapat base TUDM. Kaya lah. Tengah2 ibukota. Harga tanah saja dah berbilion.

Yang paling menarik, katanya Jho Low ni begitu mesra dengan Big Mama. Siapa agaknya Big Mama ni. Orang PKR banyak tahu betul. Lebih tahu dari orang Umno.

Kaiser tabik orang2 PKR ni. Banyak mereka tahu pasal orang2 kaya di Malaysia ni. Malaysiakini ada tulis mengenai Big Mama ni.

Who are Jho Low and Big Mama?
Regina Lee May 28, 10 8:45pm
PKR
Youth chief Shamsul Iskandar Mohd Akin, as part of the 'shocking exposé'
promised
yesterday, called on the authorities to
investigate one Taek Jho Low, who is reportedly a big spender at various Los
Angeles nightspots. “We hear that this Wharton School of Business graduate is a
close friend of the prime minister’s son with links to a ‘Big Mama’," said
Samsul in his opening address at the wing's annual congress in Kota Bharu this
morning.“We have some information, and we challenge the premier to reveal
whether this person is behind the Sungai Besi air force base contract, which
will be one of the biggest projects by the BN government this year,” he said,
quoting newspaper reports.
The New York Post had previously
reported last November, that one Low Taek Jho (right in photo) has been partying
with Hollywood celebrities such as Lindsay Lohan and Megan Fox, often
running up bar tabs of hundreds of thousands of dollars.He was appointed
to the board of UBG Berhad, a financial-services group in Kuala Lumpur, in 2008.
Adviser to state agency
Shamsul later also claimed that Low is an adviser
to the Terengganu state investment authority, now known as ‘1Malaysia’
Development Berhad.“And in the wake of the government threatening to withdraw
subsidies, we demand for the Malaysian Anti-Corruption Commission to investigate
him, as well as former prime minister Mahathir Mohamad over the allegations in
Barry Wain’s book, saying that close to RM100 billion have been wasted due to
mismanagement and corruption under his administration.“The country is not
bankrupt because of subsidies, but it is because of corrupt leaders,” Shamsul
stormed to thunderous applause.

Sesiapa yang mengenali Big Mama tolong maklum kat Kaiser siapa yang orang PKR maksudkan ni.

Saturday, May 1, 2010

KERETA ADIK AMINULRASHID DITEMBAK 20 KALI

Ini poster yang Kaiser jumpa dalam facebook. Poster ini menghiasi facebook "Keadilan Untuk Allahyarham Adik Aminulrashid". Linknya di SINI.

Hari ni dalam satu suratkhabar disebut polis menembak kereta Aminulrashid hampir 20 kali dan satu kena Aminulrashid.

Police were believed to have fired almost 20 shots but only one hit Aminulrasyid Amzah. Laporan Akhbar di SINI.


Semoga Allah swt mencucuri rahmat ke atas Allahyarham.

Friday, April 30, 2010

PM PATUT PECAT KETUA POLIS NEGARA

Renunglah wajah adik Aminulrashid Amzah ini. Dosanya hanyalah kerana adik ini gagal memberhentikan kereta yang dipandunya apabila dikejar kereta polis. Ibu mana yang tidak hiba mengenangkan tragedi yang menimpa anak yang dikasihi.

Al-Fatihah buat adik Aminulrashid.

Semalam Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan membuat kenyataan kepada suratkhabar mengenai insiden Aminulrashid. Antara intipati kenyataan beliau ialah.

"Kenderaan boleh digunakan sebagai senjata...senjata bukan bermakna pistol,
pisau atau parang saja. Kalau seseorang itu enggan berhenti dan cuba merempuh
pegawai yang cuba menahannya, ia (kenderaan) boleh dianggap sebagai senjata
kerana ia boleh membahayakan nyawa pegawai penguatkuasa."

"Biarlah apa yang nak dikatakan oleh ahli politik, tapi saya ingin tahu sama
ada anda mahu kami menguatkuasakan undang-undang atau tidak. Kalau tak nak, saya akan beritahu orang saya supaya tidak lagi menahan kereta yang dipandu dengan cara mencurigakan atau mengambil tindakan terhadap pelumba haram yang
bermaharajalela di jalan raya."

Saya bukan anggota polis. Saya rakyat biasa. Kalau sayalah Perdana Menteri, hari ini juga saya pecat Tan Sri Musa Hassan.

Saya tonton kenyataan yang dibuat oleh Tan Sri Musa Hassan di TV. Tan Sri Musa bercakap dalam bahasa Inggeris. Air muka dan kata2nya menampakkan keangkuhan yang seharusnya tidak patut ada pada seorang pegawai paling tinggi dalam Jabatan Polis.

Saya faham Tan Sri Musa Hassan perlu dilihat mempertahankan anggotanya. Tetapi biarlah cara mempertahankan dapat menyejukkan kemarahan orang biasa macam kita ini.

Saya tak mahu berdebat samada perlu atau tidak polis melepaskan tembakan kepada seseorang yang tidak bersenjata ataupun seseorang yang tidak melepaskan tembakan kepada anggota polis.

Polis ada tuturcara dalam mengambil tindakan.

Tetapi ketika kita marah dengan tragedi ini, dan simpati dengan ahli keluarga Allahyarham Aminulrashid, kenyataan Tan Sri Musa Hassan menyentuh perasaan kita.

Kalau seorang Ketua Polis Negara tidak tahu berbahasa, tak dapat kita bayangkan orang-orang di bawahnya.

Seperkara lagi, berhati perutlah media dan polis. Aminulrashid bukan penjenayah atau penyamun.

TERKINI: PRESIDEN PARTI PROGRESIF SABAH YONG TEK LEE MENDESAK TAN SRI MUSA HASSAN MELETAKKAN JAWATAN KERANA MENGUGUT MELARANG ANGGOTA POLIS MENJALANKAN TUGAS SERTA MENGANCAM MENGHENTIKAN ANGGOTA BELIAU MELAKUKAN RONDAAN. KENYATAAN YONG TEK LEE BOLEH DIBACA DI LINK DI SINI.

Sunday, April 18, 2010

MENTERI PENGANGKUTAN BARU

Siapa agaknya yang bakal menggantikan Ong Tee Keat sebagai Menteri Pengangkutan yang baru?

Wee Ka Siong. Kaiser dengar macam2 cerita mengenai lobi melobi dalam MCA untuk menjadi Menteri.

Teliga Kaiser telinga gajah. Kaiser terdengar satu benda yang tak sedap didengar. Katanya ada orang di luar MCA sedang melobi Presiden baru MCA untuk mencadangkan Wee Ka Siong sebagai Menteri Pengangkutan menggantikan OTK.

Katanya ada pemimpin di dalam MCA ini terhutang budi kepada orang luar ini sehingga merasakan tiba masanya untuk membalas budi orang luar ini. Cara membalas budi ialah dengan mencadangkan nama Wee Ka Siong kepada Perdana Menteri Dato Sri Najib Tun Razak sebagai Menteri Pengangkutan.

Orang luar ini katanya ada kepentingan tertentu dan sekiranya Wee Ka Siong menjadi Menteri Pengangkutan, mudahlah kerjanya.

Wee Ka Siong juga tidak sunyi dari kontroversi dan sedang disiasat oleh SPRM berkaitan dengan skandal PKFZ.

Wee disiasat atas dakwaan memiliki hampir separuh kepentingan dalam firma konsultansi, Hijau Sekitar Sdn Bhd yang menjalankan kajian pembangunan tanah bersebelahan dengan kawasan PKFZ.

Wee Ka Siong sejak akhir2 ini diam seribu bahasa. Mungkin itu satu strategi sementara orang lain melakukan kerja2 melobi.